1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung
dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya
dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun
agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.
Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha,
Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya
menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan
mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada
manusia lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira
waktu.
5. Nilai lain yang
ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan,
sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri
dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula
menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah
mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa
menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme
mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada
Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri
sendiri dan orang lain.
8. Agama Kristian
juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
No comments:
Post a Comment