Our Slide Show~

Our Memories~ Slideshow: We’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Perak slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday 1 May 2012

KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN PELBAGAI KAUM


1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.

2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.

3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.

4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.

5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.

6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan perayaan.  Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa.  Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.

8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini.  Amalan memakai pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.

9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.

10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment